Friday, October 02, 2009

Mari main kira-kira~

Cak~!
Heh~ Giler lama tak menjengah dalam ni. Tadi nak login blogspot ni siap terlupa-lupa password. Adoi... Rasa macam baru lepas berlari 500m, nak break jap amik napas. Tercungap2 ni. Adeh..
Well, where were we? Owh... Raya dah eh? Tak sempat i nak ucap kat korang selamat berpuasa ye. Sorry. Busy tak hengat. Tapi i sempat la nak ucapkan Salam Aidilfitri! Mujur raya sebulan.
Sebelum ni ada masa nak hapdate sebab kerja macam ok jek. Goyang kaki lah sikit2 sambil meng-hapdate. Sekarang ni, dah masuk projek baru, hujung awal tahun depan baru habis, nak bergoyang2 sangat tu tak boleh lah. Takat nak stop kejap then tarik napas tu boleh la kot. Like i said, rasa macam baru lepas berlari 500m. Ada lagi 4500m to go. Kena lari pulak tuh. Bukan berjalan. Fuh..
I have no idea on the politics. I have no idea whats going on outside. Even pasal gempa bumi kat Indonesia ada effect kat twin tower ni pun tak perasan. Orang lain siap pening2 and ada dok main tengok guli bergolek2 atas meja kerja pun, i'm still stuck on my machine running my job. Meja senget, kerusi senget, lantai bergoyang, langsung tak sedar. Walhal dah cukup tinggi dah level 56 ni rasanya. Punya lah workaholik nya aku nih. Eceh. haha.
So, amende nak cerita ni? Berita pun tak baca, buku ilmiah jauh sama sekali. Blog orang pun tak lompat2 dah. Takat berfesbuk je lah, itu pun taruk background duduk belakang windows my job. Tak sedar hape. YM pun on tapi nak jengah tak sempat2. Tahu2 je 10 orang dah buzzing ajak pergi openhouse. aduuhhh.. openhouse! Baru teringat minggu ni kena pergi openhouse. Kena list down lah nanti.
Aaaaaa.... demmit!
Ok. sebenarnye tengah running job sambil2 hapdate nih. (yess.. i'm still in the office. workaholic kan) Job yang tengah running ni, ada yang error. Tensi nak mati. Tapi tak nak buat apa dah sebab tahu kalau run kan semula pun, still error lah kot. So, apa kata kita main kira-kira nak?
Bermulanye begini. Dalam satu projek ada 2 area. Satu area bernama Kudat, satu area bernama Marang. Setiap satu area ni perlu laksanakan job untuk jalankan proses sismik. Sismik tu apa? Orang2 geology tahu, orang physic macam aku tak tahu. So, balik bukak kamus, faham kan sendiri ye. Aku sampai ke sekarang ni tak reti nak terangkan apa itu sismik. So back to the math game.
Setiap area ni ada line. Bayangkan satu garis lurus. Panjang dia boleh menjangkau antara 10km up to 200km. Tapi mostly dalam 150km lah. Itu jarak untuk satu line. Jadi untuk area Marang, kita ada 104 line. Bagi satu line Marang pula, kita ada 2 sumber untuk 6 cable. Jadiknye untuk satu line kita ada 12 dataset. Jadi 12 dataset ini kita darab lah dgn 104 line. Dapat berapa? Dapat 1248 dataset. Dataset ni perlu kita proses banyak langkah untuk mendapatkan hasil akhir. Hasil akhir itu lah perlu kita bagi pada klien. Tapi proses itu ada dalam 11-12 langkah. katakan lah kita amik 12. Jadiknye 1248 darab dgn 12 langkah, jadiknye ada 14976 dataset. Setiap dataset ni bergantung antara satu sama lain kalau nak run dengan successful. Kalau yang depan tak siap, yang belakang akn jadi error. Kalau yang depan error, yang belakang haram tak nak jalan. Dan macam2 hal lagi lah. Kena pasti kan semua job dalam satu proses siap baru boleh jalan yang lain. Nilai 14976 hanya lah minimum sajor sebab dalam satu langkah tu ada sub-sub-sub langkah lagi. Jadi darab darab lah lagi. Ribu riban la tu. Oh ye, satu dataset punye disk space guna antara 5MGb up to 300MGb. Jadi, darab lah dgn puluh ribu riban tadi. Diskspace yang kami reserve dah nak jejak 8Terabyte tapi haram tak cukup.
Oh ye, itu baru Kudat. So kira sendiri lah untuk area Marang yang ada 202 line with 2 sumber and 4 cable. Main lah darab2. Nak lagi pening, tok sah lah guna kalkalator. Conventionaly, kira sendirik.
Heh~ saje nak bagi korang sama2 join pening.
Maaf Zahir Batin ye!

Thursday, September 03, 2009

Pendekatan cassanova tapi hati suci~*

The poet menyentuh hati sesiapa sahaja bernama perempuan, samada yang sudah mahupun yang belum berkahwin. This poet is given by my friend who is getting married this October. What matter most here is how to reach into a woman's heart...


Bicara ini buat lelaki bernama suami untuk kita kongsi bersama di kamar hati…
Yang sentiasa mengharapkan keindahan abadi, keindahan yang bermula dari sebuah rumahtangga
Untuk kita nikmati bersama dengan si dia…isteri kita.
Mungkin kata-kata ini akan lebih terasa.. kalau kita luahkan secara bersahaja
namun ada baiknya di ketika-ketika tertentu
sentuhan makna dilembutkan, bahasa diperindahkan agar tidak terguris si dia.. isteri kita yang tercinta.

Ah, perempuan… kata pujangga mereka seperti angin, lembutnya melenakan, ributnya menggusarkan
Adakalanya mereka seperti ibu…menyaji kasih, menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak… ingin dibelai, minta dimanjakanSekali-sekala mereka seperti nenek…berleter seadanya, merungut semahunya.
Pertama keikhlasan. Kedua kebijaksanaan.
Hulurkan simpati, taburkan empati
Kata yang dari hati akan turun ke hati
Ucapkanlah :”Deritamu, di hatiku”

Bila dia merajuk.. pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan deria
Dengar, amati suaranya
Teliti dengan hati terseni …
Rasional atau emosi?
Kalau ternyata daripada emosi, belailah emosi itu
Jangan dihadapi secara rasional
Mereka tak akan terdaya mengunyah hujah
Berilah seribu sebab, lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik
Namun.. mereka tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu
Sebaliknya perhaluskanlah kata, perindahkan bahasa…
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman
Dan kalau itu masih gagal, gunakan sentuhan
Semarakkan belaian. Masih gagal juga?

Tunggu sahaja rajuknya reda
Emosi isteri bagai riak-riak air di dalam cawan
Jangan digoncang… buat selamba
Lambat laun gelombang akan tenang
Air di cawan kan kita minum jua

Rajuk Semasam Mangga
Tapi awas kalau ternyata merajuknya berfakta
Masamnya berdata, malah ilmiah pula
ini rajuk taraf tinggi, yang perlu ditangani berhati-hati.
Kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima

Diam dan koreksi diri
Mengaku dan kemudian berjanji tidak akan mengulanginya lagi
Tidak kalah, dengan mengalah
Katakan, “Sayang… abang alpa”
Bisikkan, “Darling, I lupa…”
Kemudian hulurkan tangan, pintalah kemaafan
Pendekatan cassanova, tapi hati suci

Kedang-kadang dengan sedikit memberi, kita akan banyak menerima
Merajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam tetapi… kalau kena cicahnya, enaknya akan terasa
Ingat, api yang panas..padam oleh salju yang dingin...

oleh: Ustaz Pahrol Md. Juoi dr bukunya yang bertajuk Duhai Yang TerSayang

PS : It doesn't mean i'm getting married yaa...

Monday, August 17, 2009

Treat yourself good~*

It’s lunch hour yet I’m still in the office ngadap computer waiting for my job to finish running. Bunyi macam pathetic but guess what? I dah selamat makan kat pantry tadi. Nasi lemak sebungkus bersama roti sambal daging that I bawak dari rumah. Sedap! Petang karang boleh pergi gym.
Biasa nye at this hour, I dah selamat tidur kat surau tapi tak baik tidur lepas makan kan. So lepak depan computer sambil menikmati Milo Mocha that I bancuh dari mesin buat kopi kat pantry tadi. Since my office is on the 56th floor, if makan situ akan feeling macam makan kat Menara KL sebab boleh nampak the whole view of KL. Maybe higher sebab dari my office nih, Menara KL tuh nampak kontot jek. Heh~
Bermukadimah diary harian dulu. Hehe. Well, here’s the story i like to share....
I came to realize that I like to travel with LRT. Banyak jenis orang boleh jumpa. Bermacam ragam. Semalam I balik pukul 6.30 ptg,which is the peak to the peak hours sebab peak hour is 6.00ptg-7.00ptg. So kalau dah balik 6.30 ptg tu, tak ke peak hour bertindih atas peak hour? Haha.So macam biasa I sumbat MP3 baru beli sambil beratur belakang orang ramai. Orang lalu lalang sambil terpijak kaki I, dah biasa. Siap ada minah cina potong my line, kuat aje tekak aku berdehem kasi signal. Nasib baik minah tu paham so dia kata sorry and ke belakang. Good tipikal Malaysian. I beratur tunggu tren datang sambil telinga bingit layan lagu. Then the train came in.
Terbukak je pintu LRT, orang berpusu keluar. And typically, kasi lah orang keluar dulu baru masuk. Tapi confirm lah ada orang tak sabar and potong line lalu terjah masuk bersama orang yang berpusu keluar. Muka selamba berdiri depan pintu. People that are lining behind me AND ME dah tak ada ruang nak celah masuk. And being the laser me, aku tenung muka orang bersalah depan pintu tu sambil geleng kepala and mengecikkan mata. Plus ada senyum sinis. Diakhiri dengan jelingan tajam dengan gelengan kepala di penghujung. Seriously, memang tak paham orang2 macam ni. Last2 terpaksa fikir baik by assuming makcik tu nak kejar jemput anak dia balik dari sekolah. Pakcik tu lupa bagi makan kucing dia yang tengah mengamuk koyakkan sofa rumah dia. Kakak tu dah terlambat nak pergi dating and brader tu gelabah nak kejar bini yang dah nak beranak kat rumah. Hah.. lantak korang lah.
The next train came in. Masuk je tren, I manage to squeeze myself through. Giler nak balik ni pun berhimpit macam pagi2 nak pergi kerja. But it was totally my fault for choosing the ‘right’ time to return home. Biasanya I balik after 7.00pm or before 5.50pm. So when I got into the train, I dihimpit oleh kakak2 dan makcik2 yang berbeg besar. Well, I’m happy to be surrounded by them cause I don’t have to reach for any pole or hold on to anything because I was fully cushioned by their bags. Terlupa pulak nak cakap terima kasih kat diorg semalam. Sampai station Ampang Park, few of them turun and masuk lah beberapa jejaka tak berapa hensem plus one fine young sexy lady. A Chinese girl.
After that station, I got some space for myself to breath. Whheeww~ What a relief! Ada beg keliling I tadi, tak bernafas je rasa. After some movement to adjust myself with the new space, I noticed those guys that just hop in was staring at me. Up & down. But I can tell, it’s just a look. Nothing flirty or anything, it’s just a plain look. Then his eyes went to look beside me. Oh! That sexy Chinese girl was beside me. Then I rasa tak selesa sebab another 2-3 orang guys was staring directly to our way too. I mean, of course the attention was on her. I jeling dia and notice how short her skirt was with a sleeveless top. Nipis je kain dia. Gamaknye dia perasan all those eyes was onto her, dia pusing badan pandang tempat lain. I was like, aik? Tak suka ke? I pusing balik and saw her unpleasant expression on her face and yup, dia tak suka. Her eyes was popping out and yelling at me as if they are trying to say “apekehal jantan2 tu pandang2 aku? Geli ok? Back off!” I tak mampu nak buat apa and just angkat kening as if my kening was trying to say “Not my problem”
As the next station approached, I saw the Chinese girl turun. Ingatkan dia nak bagi ruang orang belakang keluar but obviously, dia tak masuk balik. Dia berdiri je depan pintu tu as if she was waiting for a train to come. When the door close, she remained there. Ok. I got that. Obviously, dia tak suka dengan jelingan2 syaitan tu. Gila. Kalau kau dah tak suka orang stare kau macam tu, why the heck are you wearing like that? Nak je I hulurkan my tudung tadi tolong tutupkan bahagian tubuh dia yang tak cukup kain tu. Tapi nanti kang, tak pasal2 pulak ada agency datang offer me to join iklan shampoo pulak kan. Harhar. Ngarut!
Well, my point is, if you don’t like people treating you the way you don’t like, then why give them space to do so? Tak suka jantan pandang kau macam nak makan, nape hulurkan ‘makanan’? This is not about muslim ke racist ke hape, but this is about how you treat yourself. You can see the way you treat yourself by looking the way other people treat you. Sexy will cause seksa. But if you enjoy it that way,go ahead. Not my problem *angkat kening*
I wonder berapa banyak train that Chinese lady stop until she gets to her pitstop.

Friday, August 14, 2009

Hello economy crisis, are you there?

Gosh... my work is burdening up right now.
I wonder if our country is really in economy crisis? Cause my company just got another 4 projects to handle. Cause we cant damn handle another 4 projects in hand when another 2 project is still in labour!
Well, kalau gaji tak naik gak tahun depan, siap ramai2 mogok nih. Dah seminggu aku tak pegi gym gara2 stay back siapkan job. 1 project takes about 6 months. Then project demi project bertindih-tindan masa. Oh lupa pulak. Did i mention that in the project that i handle now ada 2 survey area kena proses? patutnye satu project satu area. So it's like 2 in 1. Nama satu project tapi proses data in 2 different area. Then tak cukup dengan project baru nak start ni, masuk lagi another project. Tak cukup tangan nak deliver on time. So again, hello economy crisis, are you there???
Haha. Takde apa pun. Biasa lah tu kerja kan. It's just the matter of fact that AKU TAK BOLEH CUTI RAYA LAMA2 coz it's the peak duration of the project. Satu project ni aku buat berdua je. Kalau aku cuti lama2, approve ke nanti? Dah lah boss bukan jenis sambut Aidilfitri. Adeh... My dear charming tall-dark-hair-green-blue-eyes boss, please approve my leave application!
Tu je lah nak cakap.
Tapi nasib baik kerja ni best.

Tuesday, August 04, 2009

Investment akhirat~*

Tadi aku check ASB. Tiap2 bulan masuk tapi pelik, tak kaya2 jugak. Bila check balik, owh patut lar. Keluar sama banyak dengan masuk. Macam mana nak kaya? Aiseh….

Check balik harta dunia yang aku ada. Tak banyak. Takat ada WSB aku je lar. Yang lain tu semua hutang. Credit card, PTPTN. Nak beli rumah pun tak mampu lagi. Tunggu my hubby je lah belikan. Dulang hantaran tak payah banyak2. Satu dulang je cukup. Taruk kunci rumah atas satu dulang tu. Tak yah beli handbag perfume kasut mahal2 buat hantaran. Jimat duit ape. =p

Then melihatkan harta dunia aku yang tak seberapa ni, terfikir what happen when all these things are gone? Will I go mad? Will I survive? Teringat satu email that I read about a guy yang kerja manager gaji RM10k nak mintak tukar kerja tempat lain sebab nak demand RM14k. Gaji dia yang ada tu tak cukup. Bini ada sorang and anak 4 orang je. Uish.. RM10k tak cukup? Then dia cerita life style orang2 kaya ni. Patut lah tak cukup. Periuk nasi besar, kerak nasi pun mesti lah besar (ada guna pepatah yang lebih kurang mcm ni tapi aku tak ingat macam mana nak pakai) then dia cerita pulak orang yang gaji bawah RM3k tapi mampu hidup mewah pakai Toyota avanza dengan anak 8 orang. Semua hantar ke sekolah agama private. Segalanye dilihat cukup. Then makes me think, apa yang membezakan orang yang gaji RM10k and RM3k ni?

It’s about berkat la dowh. Kalau dapat harta tapi tak berkat, tu pasal semua menda rasa macam tak cukup. Nak beli itu ini tapi duit tak cukup. Guna credit card tapi hujung bulan bayar cukup2 minimum payment. Then bulan depan berjoli lagi dengan credit card and bayar minimum payment lagi. Ngeri seyh. Walaupun aku ada sebijik credit card and dalam proses nak apply lagi sebijik, aku tetap ngeri nak guna credit card tak bertempat. Reason aku guna credit card is aku tak nak bawak cash banyak2 plus in case aku nak beli barang KEPERLUAN yang mahal sket, terpaksa lah guna khidmat credit card. Ni apply yang second credit card sebab nak yang Islamic punyer. Credit card CIMB aku guna buat isi minyak semata and peruntukan duit minyak dah memang ada tiap2 bulan kan. Lain dari tu, aku tahan nafsu shopping.(konon)

Then aku tak faham dengan orang yang tak boleh peruntukan hasil titik peluh untuk mak bapak. Kalau dah tak boleh sangat nak kasi kat makcik pakcik atuk nenek, paling2 pun hulur lah seploh dua untuk parents. Eh jangan tak tahu. Ada je orang macam ni. Pernah sekali aku ikut member aku balik rumah. Masa nak balik tu, aku hulurkan lah few duit kertas merah kat mak dia sebab memang orang yang tak berkemampuan lah. Mak dia mati2 tak nak amik tapi aku masukkan jugak dalam kocek baju dia. Lepas salam2 peluk2, aku terus blah sebab tak nak duit tu dia pulangkan balik kat aku. Masa dalam kereta, member aku tegur cakap kenapa aku hulur duit kat mak dia sebab dia sendiri pun tak pernah hulur kat mak dia. Aku ternganga. Tak pernah hulur? (Siap aku tanya dia berkali2) Tertepuk dahi aku. Apa jenis anak ni? Bukannye dia tak kerja, gaji boleh tahan tapi tak pernah hulur kat mak dia? Then baru lah aku faham kenapa mak dia sampai menitik airmata tak nak amik duit tu. Hanya lah sebab dia tak nak kasi malu anak dia. Huh! Kalau aku tahu awal2 tadi, maunya aku hulur duit kertas hijau pekat kat mak dia depan2 member aku ni. Kasi laser sket. Then baru lah aku faham kenapa duit member aku ni asyik tak cukup je selama ni. Mengadu2 kat aku pulak tu. Bujet aku nak hulur kasi pinjam lah tu. Mujurlah hati aku berat nak kasi so tak pernah kasi.

Memandangkan dia member baik aku and aku bermulut laser, aku pun tegur lah. Mungkin duit dia tak cukup sebab tak pernah kasi duit kat mak sendiri kot. Boleh lak tu dia jawab, kalau kasi kat mak dia, lagi lah tak cukup untuk dia. Astaga! mengucap panjang aku. Aku tanya dia faham ke maksud berkat tu apa. Terpaksa lah aku berceramah agama kat dia kejap. Dia angguk2 je tapi tak tahu lah dia buat ke tak. Janji tanggungjawab aku sebagai kawan dah lepas.

Tapi tu lar. Betul lah cakap Tuhan. Dia takkan tanya berapa banyak harta dunia kita ada tapi dia akan tanya sejauh mana harta yang kita ada ni memberi manfaat dan menyenangkan orang lain. Apa yang kita buat dengan harta yang kita ada. Kita invest harta dunia untuk mendapat saham akhirat. Berkat pun dapat, so kita takkan rasa harta dunia kita tak cukup. Hasil titik peluh kita ni dikongsi dengan orang lain. Ada nikmatnye kat situ. Lebih2 lagi berbelanja kat orang2 yang tak berkemampuan, sahamnya lagi besar.

Tapi kan.. shopping tetap shopping. Hehe. Berpada2 ikut kemampuan kita lar kan… =p

Blank~*

Fuh bosan giler. Yup, my project baru dah start. Tak buat apa lagi, they just ask me to do the line listing. 10 minit dah siap. Then senyap je takde suruh buat apa2 lagi coz masing2 busy dengan projek lama. I’m also involve dengan projek lama. Cuma involve pada bahagian production & QC je lah. Lain tu takde buat apa. Sementara tunggu ada lagi 5 line nak finish running, there’s nothing much I can do except tunggu & tidur. Just go back from surau. Boleh agak lah aku baru lepas buat apa kan. Wirid panjang beb. Hehe.
Blank. Tak tahu nak tulis apa. Nak taruk gambar tapi aku paling malas nak bukak photobucket then paste gambar satu2. Eh tak2. Aku lebih malas nak resize gambar satu2. Then lebih malas nak pilih mana satu gambar cantik menarik da bomb nak masuk dalam blog ni. Mood takde. Tapi kalau datang mood, 100 keping pun aku boleh taruk. Pastu melembabkan PC korang lah nak tunggu gambar dari blog ni meng-hapload. So apa kata korang tunggu lah mood aku datang okeh? Rasanye tak lama je lagi ni.
Oh ye, alang2 tu aku nak promo. I jual kerongsang. Lawa2. Batu berkilat dari China grade B+1. Murah banget. Design pun baru and latest. Patutnye aku tangkap and taruk gambar kat sini tapi macam biasa, mood nak upload gambar tak kunjung tiba. So aku promote hangat2 tahi ayam je dulu. Kang datang stok baru cun canggih gempak punya, baru aku promo habis2. Semua2 yang dah alang2 berkunjung ke blog ni, mesti beli okeh!
Alamak. Blank lagi. Tak tahu nak tulis apa. Boss lalu kat belakang tapi dia tak syak langsung aku tengah update blog. Haa.. macam mana aku buat? Tunggu lah bila korang kerja dekat ofis yang tak kasi buat itu ini, otomatik korang akan jadi terror bab cover mengcover ni. Hehe. Oppss.. kepada ofismateku, sonyap2 je lar ye. Korang pun bukak fesbuk jugak kan? Sama lah kita. Heee.. =D
Owh masa untuk minum petang. Nikmatnya Milo ni. Aku dah diiktiraf oleh kak Su (our tea lady) bahawasanya aku adalah hantu Milo. Hehe. Bukannya aku tak pernah minum Milo sebelum2 ni tapi entah la, milo kat ofis ni sedap. Pakai mesin buat milo tu. Pastu aku tambah lagi milo. Kasi mcm ada ketul2 coklat dalam minuman tu. Uish. Sedap. Tu sebab diorg cakap aku makan Milo, bukan minum. Then ada masa-masa Milo kehabisan stok kat pantry tu, aku hilang arah. Tak keruan. Mandi tak basah makan tak kenyang sebab Milo takde. Haha. Milo tu menggemukkan tak? Petang ni jugak aku pergi gym.
Ok lah. Aku blank lagi. Tak tahu nak merepek apa dah. Tapi semengarut2 aku, kerajaan tu lagi mengarut. Merepek tak habis2….

Thursday, July 30, 2009

Bila boring, kita menulis~*

Esok jumaat. Yeay. Hujung minggu kembali berkunjung tiba. This week baru rasa lega sikit sebab tak buat apa. Free. Nak cuci kereta macam biasa and tengok wayang dengan kazen. Then penuhi hari-hari minggu dengan tidur dan tengok tv. Macam biasa. Bahagia.
So next week dengan rasminya aku akan masuk project baru. My company just got this tender from a Swedish company and we never deal with them. Kiranya new client for the company lah. Rundum-rundum economy negara pun, project yang masuk boleh tahan kencang.Project area melibatkan kawasan Sabah & peninsular Malaysia. Area nama Kudat & Siagat. Kudat aku tahu kat Sabah tapi Siagat kat mana eh? Katanya kat peninsular Malaysia. Orang Swedish tahu Siagat kat mana, aku yang duduk Malaysia bertahun ni pun tak tahu. Harhar.
Hmmm… Banyak baca berita. Nak ulas satu2 tapi malas. Sakit hati baca berita media2 berkiblatkan UMNO ni. Membodek tak habis2. Memutar belit tak habis2. Menggula2 kan rakyat tak habis2. Paling sakit hati, minyak nak naik balik bulan depan or depan or depan depan lagi. Teringat masa aku kat US dulu, diorg pakai minyak cikai je. Takde lah gah berkualiti macam minyak kat Malaysia. Elok je aku tengok kereta depa. Kereta besar2 lagi tu. Negara kita je yang mengada nak guna minyak lebih berkualiti lah apa lah. Walhal kereta takde apa pun. Its like bagi orang makan ikan Siakap masak masam manis and ikan sardine masak dengan belimbing besi. Memang lah ikan siakap lagi sedap tapi bukan makna kita tak boleh hidup dengan ikan sardine. Sardine sedap jugak apa. Orang boleh hidup jugak. Dan bukan semua orang suka ikan siakap (tak termasuk aku). Tapi kerajaan mengada jugak nak bagi semua2 orang makan ikan siakap, habis orang yang tak mampu beli tu? Pergi kerja naik basikal lah jawabnya.
Pastu yang aku geli hati jugak is 11 hadiah yang kerajaan nak kasi. Amenda ntah aku dah lupa sebab rasanye aku boleh nikmati dalam 2-3 je dari 11 hadiah tu. Pastu boleh pulak main-main diskaun utk pengguna tol. Ape ke hal? Potong lah terus. Bukan semua orang boleh guna diskaun tu. Kena ada syarat amenda ntah baru boleh nikmati pemotongan tol tuh. Haha. None of my concern anymore sebab aku dah pindah duduk KL dengan makcik aku yang rumahnye sekangkang kera je dari KLCC. Hari2 hujung minggu je lah aku balik Bangi tu. So duit minyak pun limaploh je untuk 2 minggu. Kalau naik sikit pun, maybe naik namploh je lah. Haha. Duit minyak keta naik sploh hengget pun nak bising! Cheh.
Tak tahu nak tengok cerita Transformers ke Harry Porter minggu ni. Both reviews I got from my friends are not so inspiring. Siap ada yang kata kalau nak eksyen-eksyen je, tengok lah Transformers tapi kalau nak yang not-so-eksyen, tengok lah Harry Porter. Member aku cakap, jangan menyesal kalau tertidur tengok Harry Porter. Waktu tayangan pun aku tengok almost 3 hours or maybe 2 jam lebih. Ye ke harry Porter that boring? And ye ke Transformer begitu ntah-apa2-eksyen-je-lebih? Ni dah buat aku konpius nak tengok yang mana. Tiba-tiba ada feeling nak nyanyi lagu P.Ramlee “Yang mana satu, idaman kalbu” Haha. Susah2 sangat, aku layan cerita P.Ramlee je lah nanti.
Petang ni patutnye nak pergi gym tapi gila malas. Member ajak pergi dance then tiba-tiba tak jadi pulak. Kepala dah tune nak join dia tapi bila dah tiba2 tak jadi pergi ni, kepala aku mula lah merewang nak pergi shopping. Tapi nak shopping beli apa eh? Harhar. Gila ah kalau korang percaya aku boleh tertanya macam tu. Sejak bila aku tak reti shopping nak beli apa? Sah2 aku nak beli oil burner and aromatherapy relaxing oil, nak kasi wangi and relaxkan satu pejabat. Then nak beli donut big apple. Nak makan satu bijik je sebab tak nak sia-siakan kalori yang aku dah bakar this week. Pastu nak usha slack hitam kat Ti:Zed (boleh teka aku nak gi mana?) Then nak beli cereal taruk kat opis so that aku tak terliur lagi tengok nasi lemak pagi2 atas meja pantry opis tu. Kalau tengok cereal, terpikir lah nak breakfast dengan sihat kan. Heh~ And the shopping list goes on.
Owh.. bila lah waktu pejabat nak habis ni… *menguap*

Tuesday, July 28, 2009

Hari kerja~*

Boring ah. Kerja banyak. Tapi boring nak buat. So update blog jap. (Feeling boss pergi meeting. Muahaha)

My batuk dah ok. Hidup dah kembali normal. Tiap2 pagi hadap orang2 dalam tren yang macam ikan sardine tapi sekarang dah macam tak kesah. Oh ye, did I told you guys that I witnessed some sexual harrassmant right in front of my eyes? Sure korang nak tahu tapi aku malas nak cerita detail. Haha. Tak guna berceritera pasal jantan tak senonoh ni. Yang pasti lepas ni, aku tak nak lagi dah buat anggapan yang menda2 ni berlaku pada pasangan suami isteri dalam tren LRT. Kot ye pun laki bini kan, takkan nak buat aksi dalam tren kan? Asal aku nampak je, tiada ragu2 lagi dah nak tegur. Aku terjah je bagi salam kat akak tu and tanya if she is ok or not. (dan rupanye kakak tu tak kenal pun jantan tuh. Keluar je tren dia menangis2 cerita apa jadi. Menyesal aku tak tolong. Ingatkan diorg laki bini.) Dan aku tak kan ambik pusing dah mana2 muka laki yang sedang nikmat tuh. Hish. Geli. Tak senonoh betol. Dah. Korang jangan tanya lebih-lebih.

Huaarrghh.. *menguap* mengantuknya… Ni gara2 McD breakfast lah pagi tadi. Setelah sebulan lebih tak makan McD, bila sesekali badan mintak McD, kesian pulak kalau tak kasi. Siap mimpi2 lagi malam tadi. Kiranye strong signal from my mouth, body and soul that I want McD! Mengidam. Muahaha. Hati senang. Perut kenyang. Tengahari ni nak pergi tidur. Tidur sunat. Mata kepala pun relaks. Petang karang takde lah ternguap2 nak buat kerja. Pastu minum petang, then balik! Hari2 kerja macam ni. Owh terasa indahnya hidup. Eh lupa pulak. Hari ni kena pergi gym.

OK. Dah lunch hour. Chow!